Saturday 29 October 2011

Persediaan Sebelum Cuti Akhir Tahun..

9 Tips Memanfaatkan Cuti Sekolah


Tips 1
Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, berjogging, berkebun, memancing, belajar memasak, bertukang kayu dan sebagainya.


Tips 2
Bawa keluarga melancong dalam negeri. Lawatlah tempat-tempat yang menarik di seluruh negara bersama-sama anak-anak. Kalau takde budget, bawalah anak-anak berkelah di tepi pantai atau taman rekreasi.


Tips 3
Bermain & bersukan bersama anak-anak. Boleh juga mengajar anak-anak anda permainan tradisional.



Tips 4
Menonton bersama anak-anak rancangan kegemaran di TV, DVD atau di pawagam. Apabila atau sesudah menonton, berbincang dengan anak-anak mahupun iklan-iklan yang disiarkan.


Tips 5
Makan bersama ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.

Tips 6
Kalau ada perpustakaan awam atau kedai buku berhampiran anda, bawalah anak-anak ke sana dan tanamkan minat membaca.


Tips 7
Kalau anda mempunyai internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak.


Tips 8
Menggalakkan anak-anak mengasah bakat mereka dengan menghadiri kelas tarian, kelas vokal, kelas muzik dan kelas agama.

Tips 9
Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan & permainan, kembara & lawatan.

Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz1b9O5Jjgx Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives

No comments:

Post a Comment