Aktiviti

KENAPA MENGANTUK KETIKA BELAJAR ?


OTOT-OTOT mata menjadi letih kerana terlalu memberi tumpuan kepada huruf-huruf atau formula-formula  matematik yang bersaiz font yang kecil.

Sebab itulah ramai pelajar yang apabila mahu belajar terasa mengantuk.

Ada pula yang tak sampai 10 minit berada depan buku mata terasa berat.

Apabila mata terlalu mengantuk kita akan menjadi hilang tumpuan.

Akibatnya, tumpuan kita tersasar.

Ini cukup merugikan masa.

Kenapa mengantuk? Kenapa ketika bermain atau menonton televisyen mata kita tidak mengantuk?

1. Tidak cukup tidur.

Ini memanglah punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar di sekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1 pagi.

Sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal.

Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran.

Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan bersembang maya di Internet sehingga pagi.

Kalaulah ini masalah anda maka nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup anda. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia.

Kalau anda tidur lewat kerana mengulangkaji pelajaran maka anda juga perlu ubah tabiat buruk ini.

Ingat pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang belajar pintar bukan semata-mata kuat belajar.

2. Tidur yang berlebih-lebihan.

Tidur yang terlalu lama dan kerap juga menjadikan anda mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah sebanyak 6-8 jam sehari. Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.

3. Makan terlalu banyak.

Ini juga merupakan satu tabiat buruk. Apabila anda kuat makan maka perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan tersebut. Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuatkan anda akan mudah mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulangkaji.

4. Badan terlalu letih.

Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan anda terlalu letih dengan aktiviti sepanjang hari. Kalau anda ada masalah mengantuk cuba senaraikan semua aktiviti luar anda.

Ada ketikanya anda bersukan atau beriadah secara keterlaluan.

Bermain bola pada waktu petang secara berlebih-lebihan. Berbasikal keliling kampung berjam-jam. Semua aktiviti ini memerah keringat dan membuatkan anda keletihan.

Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan tetapi tujuannya kena betul.

Perbaiki matlamat anda beriadah. Anda beriadah untuk membolehkan anda segar pada waktu malamnya bagi menelaah pelajaran. 20 - 30 minit sehari adalah mencukupi.

Ada pula sesetengah pelajar keletihan disebabkan aktiviti ko-kurikulum yang berlebih-lebihan.

Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan ko-kurikulum hinggakan tiada masa untuk mengulangkaji dan sehingga memenatkan badan. Terlibat secara ala kadar.

Pilih aktiviti yang paling anda minati. Tidak ada gunanya kegiatan ko-kurikulum anda cemerlang sedangkan UPSR anda kecundang.


Oleh itu pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian akademik dan penglibatan ko-kurikulum. Pastikan anda tidak kesuntukan masa. Pastikan anda tetap segar dan tidak mengantuk pada malamnya.


5. Tiada minat belajar.

Masalah ini sering dijadikan alasan oleh ramai pelajar.

Sebelum kita pergi lebih jauh cuba fikirkan sejenak antara MINAT dengan BELAJAR manakah yang wujud terlebih dahulu?

Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri anda. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh-pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna, markah yang tinggi dan sebagainya.

Pernahkah anda dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam Matematik berkata yang dia tak minat Matematik? Tentulah tidak.

Oleh itu minat timbulnya apabila anda lihat dalam diri anda ada potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula timbul apabila anda dapat rasakan yang anda mula menguasai sesuatu mata pelajaran.

Oleh itu yang perlu anda perbaiki ialah cara belajar anda dan kegigihan anda sendiri.

Anda perlu mempunyai kemahiran belajar yang tinggi agar mudah menguasai setiap perkara baru yang dipelajari.















9 Tips Memanfaatkan Cuti Sekolah


Tips 1
Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, berjogging, berkebun, memancing, belajar memasak, bertukang kayu dan sebagainya.


Tips 2
Bawa keluarga melancong dalam negeri. Lawatlah tempat-tempat yang menarik di seluruh negara bersama-sama anak-anak. Kalau takde budget, bawalah anak-anak berkelah di tepi pantai atau taman rekreasi.


Tips 3
Bermain & bersukan bersama anak-anak. Boleh juga mengajar anak-anak anda permainan tradisional.



Tips 4
Menonton bersama anak-anak rancangan kegemaran di TV, DVD atau di pawagam. Apabila atau sesudah menonton, berbincang dengan anak-anak mahupun iklan-iklan yang disiarkan.


Tips 5
Makan bersama ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.

Tips 6
Kalau ada perpustakaan awam atau kedai buku berhampiran anda, bawalah anak-anak ke sana dan tanamkan minat membaca.


Tips 7
Kalau anda mempunyai internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak.


Tips 8
Menggalakkan anak-anak mengasah bakat mereka dengan menghadiri kelas tarian, kelas vokal, kelas muzik dan kelas agama.

Tips 9
Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan & permainan, kembara & lawatan.













CIRI-CIRI PELAJAR BERMOTIVASI TINGGI

1)dia ingin pergi ke sekolah awal pada setiap hari.
2)pada masa lapang dia menjalankan aktiviti berfaedah. cth, pergi perpustakaan.
3)dia suka membaca dan gemar belajar.
4)dia menganggap peperiksaan sebagai satu cabaran dan bukannya beban. 
5)dia sentiasa menyiapkan kerja rumah.
6)dia sentiasa melibatkan diri dlam kelas dan sentiasa bertanya kepada guru.
CIRI-CIRI PELAJAR BERMOTIVASI RENDAH 
1)dia tidak suka belajar dan pergi sekolah.
2)dia tidak suka membaca dan benci jika ada ujian atau peperiksaan.
3)dia mendapati mata pelajaran yang dipelajari membosankan.
4)dia tidak ingin menjawab atau bertanya dalam kelas.
5)dia jarang mengambil bahagian dalam aktiviti pelajaran.
6)masa lapangnya diisi dengan aktiviti bermain dan membuang masa.
7)dan lain-lain lagi.














Ujian Personaliti


Memandangkan tugas guru berkait rapat dengan pembentukan personaliti murid-muridnya maka ada baiknya disediakan beberapa ujian personaliti untuk  membantu kita memahami diri sendiri dengan lebih mendalam lagi. Ujian-ujian ini diperoleh dari sumber-sumber internet dan telah diterjemahkan.Ujian-ujian yang disediakan hanya merupakan panduan am sahaja. Bagaimanpun sebarang ujian yang sah harus diperoleh daripada ahli psikologi, kaunselor yang bertauliah sahaja.
Selamat mencuba!



























AKTIVITI MENAIK TARAF SANGGAR BIMBINGAN..PENGLIBATAN MURID2  TAHUN 6,GURU BESAR,GPK PENTADBIRAN ,GURU2 DAN PEKERJA2 YG PRIHATIN.....

















Antara Aktiviti yang telah dijalankan oleh Unit B&K



































DOKUMENTASI PROGRAM GALUR GEMILANG 2011
                          Dijalankan di Pusat Sumber Tun Razak


                      Sasaran ialah calon-calon UPSR 2011


                    Jamuan untuk tetamu dan Guru-guru Tahun 6
   murid-murid berminat dengan penyampaian penceramah


                Penceramah Matematik


               Penceramah Sains Kertas 2
 Penceramah Sains Kertas 1

                Penceramah English

              
Pentadbir,Penceramah dan guru-guru bertugas
DOKUMENTASI PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR UPSR DUN BUKIT BARU 2011
Sehari bersama Ketua menteri dan Tenaga Pengajar Program Kemahiran Belajar.
Semua Peserta Nampak begitu tertarik dan teruja dengan Kemahiran Belajar yang menarik
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz1b9O5Jjgx Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives