PRS






PERANAN PRS

1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang
    lain dan keadaan sekeliling.
2. Sebagai khidmat sokongan, anda membantu
    menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan
    kaunseling di sekolah.
3. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk
    mendapatkan bantuan.
4. Sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain.



PRINSIP PRS

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan perlakuan dan fizikal.



ETIKA


○ Amanah dan menyimpan rahsia.
○ Menerima  dan menghormati rakan orang lain.
○ Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai
   aspek.
Melapor kepada guru bimbingan dan kaunseling 
   tentang kes yang boleh  merosakkan diri dari/atau
   orang lain.
○ Merujuk kes rumit kepada guru bimbingan dan
   kaunseling.
○ Mematuhi peraturan sekolah, dan norma masyarakat
   dan agama.



CIRI-CIRI PELAJAR BERMOTIVASI TINGGI


1)dia ingin pergi ke sekolah awal pada setiap hari.
2)pada masa lapang dia menjalankan aktiviti berfaedah. cth, pergi perpustakaan.
3)dia suka membaca dan gemar belajar.
4)dia menganggap peperiksaan sebagai satu cabaran dan bukannya beban. 
5)dia sentiasa menyiapkan kerja rumah.
6)dia sentiasa melibatkan diri dlam kelas dan sentiasa bertanya kepada guru.
CIRI-CIRI PELAJAR BERMOTIVASI RENDAH 
1)dia tidak suka belajar dan pergi sekolah.
2)dia tidak suka membaca dan benci jika ada ujian atau peperiksaan.
3)dia mendapati mata pelajaran yang dipelajari membosankan.
4)dia tidak ingin menjawab atau bertanya dalam kelas.
5)dia jarang mengambil bahagian dalam aktiviti pelajaran.
6)masa lapangnya diisi dengan aktiviti bermain dan membuang masa.
7)dan lain-lain lagi.










TIPS BIJAK BELAJAR





PENGURUSAN MASA

Setiap manusia amnya dan umat Islam khasnya diwajibkan menguruskan dan menggunakan masa dengan cara yang paling sempurna, optimum dan berkesan. Oleh itu terdapat banyak ayat-ayat dalam Al-Quran yang menggesa dan menyarankan agar semua umat Islam berbuat demikian. Antaranya seperti maksud ayat di bawah;
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran." (Al-`Ashr: 1-3)
HARGA DAN KEPENTINGAN MASA KEPADA MANUSIA.
Sehubungan dengan perkara itu , Profesor Yusof al-Qurdhwi menyatakan bahawa: Masa merupakan harta manusia yang paling berharga.Orang yang membuang masa dengan percuma sebenarnya menganiaya dirinya sendiri.
Imam Al- Banna pula berpesan; "Janganlah kamu habiskan masa kamu dan saudaramu pada perkara yang tidak memberi faedah,"Harta benda, wang ringgityang hilang boleh dicari ganti tetapi masa yang hilang masakan dapat dicari ganti. Oleh itu setiap pelajar janganlah hendaknya suka membuang masadan suka bertangguhdaripada memulakan atau melakukan sesuatu aktiviti pembelajaran. Bagi pelajar yang suka bertangguh mereka sebaiknya membaca dan meneliti dan mengambil pelajaran hadis Nabi berikut yang bermaksud; "Jika Qiamat akan berlaku dan ditangan kamu pada masa itu ada benih kurma dan jika kamu masih sempat menanamnya maka hendaklah kamu menanamnya".
Pengajaran dari hadis di atas ini jelas menunjukkan bahawa jika anda mempunyai kesempatan atau peluang maka hendaklah anda merebut dan mempergunakan peluang dan kesempatan itu dengan sebaik mungkin tanpa berlengah atau bertangguh lagi.
Pelajaran dan masa
Sebagai seorang pelajar, masa merupakan salah satu faktor terpenting yang perlu diambil perhatian sewajarnya. Dengan adanya masa akan membolehkan seseorang pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dan aktiviti yang berfaedah yang boleh menjamin kearah kebahagiaan masa depan mereka. Sehubungan dengan itu, masa merupakan satu modal atau saham yang sangat berharga kepada seseorang pelajar. Oleh yang demikian, pelajar yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka baik di dunia dan akhirat haruslah bijak menguruskan masa yang mereka punyai.
Teknik menguruskan masa belajar
Di antara cara yang boleh dilakukan bagi menguruskan masa dengan cara yang baik, berkesan dan sempurna ialah dengan membuat jadual waktu. Jadual waktu ini bukanlah jadual waktu mingguan yang tetap seperti yang disediakan dan boleh dipunyai oleh kebanyakan pelajar hari ini. Ia merupakan satu senarai aktiviti yang perlu anda lakukan untuk hari itu atau hari esok. Senarai ini mestilah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran anda seperti kerja rumah yang perlu disiapkan, mata pelajaran hari ini dan esok dan kerja-kerja lain yang perlu anda lakukan.Perlu diingatkan bahawa kelemahan mempunyai sebuah jadual waktu mingguan yang tetap sebagaimana yang dipunyai oleh kebanyakan pelajar hari ini ialah terlalu sukar untuk melaksanakan kerana keadaan yang rigit dan tidak mengambil kira aktiviti penting semasa.
Kepentingan jadual waktu
Bagi memberikan kesedaran dan galakankepada setiap pelajar agar melakkukan pengurusan masaberkesan dan membuat jadual waktu, berikut diberikan perbincangan ringkastentang kepentingan menyediakan dan mempunyai jadual waktu.Terdapat beberapa kepentingan, faedah dan keutamaan yangpelajar akan perolehi apabila mereka menyediakan dan mempunyai sebuah jadual waktu pembelajaran. Antaranya ialah:
  1. Dapat menilai kembali apakah yang telah mereka lakukan.
  2. Dapat menilai sama ada aktiviti yang mereka lakukan itu memberikan faedah atau tidak.
  3. Dapat menguruskan masa yang dipunyai dengan cara yang berkesan dan memberikan faedah paling optimum.
  4. Dapat menjalankan kebanyakan aktiviti yang dirancang setiap hari.
  5. Dapat melatih mendisplinkan diri pelajar dalam menepati masa. Keadaan ini membolehkan mereka mengamalkan cara hidup yang lebih sempurna.
  6. Dapat mempelbagai aktiviti yang perlu mereka lakukan. Ini perlu dilakukan bagi menjamin dan membolehkan mereka menjadi seorang yang serba boleh.
  7. Dapat mendorong ke arah pencapaian kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi, baik kehidupan dunia atau akhirat.
  8. Dapat mengelakkan amalan suka bertangguh untuk melakukan sesuatu tugas atau aktivitiyang lebih digemari dan mengabaikan pula aktiviti lain yang berguna.
  9. Menyedarkan diri cara mengurus masa berkesan.
  10. Dapat mengimbangkan pembahagian masa terhadap pelbagai jenis aktiviti yang akan dilakukan.
Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan jadual waktu.
Penyusunan jadual waktu yang disediakan agar mencapai tujuannya hendaklah jadual itu mempunyai ciri-ciri yang baik dan sempurna. Antara yang perlu dipertimbangkan adalah;
  1. Tentukan tujuan dan objektif penyediaan dan kegunaan jadual itu.
  2. Fikirkan aktiviti yang anda lakukan sesuai dengan tujuan dan objektif yang dinyatakan.
  3. Pertimbangkan dengan sewajarnya tentang aktiviti yang perlu dilakukan sebagai pelajar.
  4. Berikan keutamaan kepada aktiviti yang akan dilakukan pada pagi, petang dan malam sebagai seorang pelajar.
  5. Pertimbangkan jumlah masa yang perlu diperuntukkan bagi setiap aktiviti. Utamakan mata pelajaran yang dianggap susah atau kurang diminati.
  6. Nyatakan jenis mata pelajaran yang perlu diulangkaji atau disediakan mengikut keutamaan atau mengikut kesesuaian anda sebagai seorang pelajar.
  7. Susun mata pelajaran yang perlu diulangkaji dengan sebaiknya agar tidak mengelirukan.
  8. Peruntukan jumlah masa bagi membuat tugasan seperti kerja sekolah, kerja rumah, membuat nota dan sebagainya.
  9. Pelajar perlu memberikan keutamaan aktiviti yang lebih penting untuk dilaksanakan terlebih dahulu.
  10. Jangan lupa masa rehat juga perlu difikirkan.
Jenis jadual waktu yang perlu disediakan.
Terdapat berbagai-bagai jenis jadual waktu yang perlu disediakan oleh seseorang pelajar, sesuai dengan tujuan mengapa mereka pergi ke sekolah. Antaranya termasuklah;
  • Jadual waktu tahunan ( rancangan untuk aktiviti setahun)
  • Jadual waktu mingguan ( rancangan untuk aktiviti seminggu )
  • Jadual waktu harian ( rancangan untuk aktiviti setiap hari )
Menyediakan jadual waktu tahunan.
Antara bahan utama yang boleh dijadikan panduan untuk menyediakan jadual waktu tahunan ialah takwim sekolah. Mintalah bantuan dari guru kanan sekolah, guru penasihat sekolah untuk mendapatkan takwim tahunan sekolah anda.
Tujuan menyediakan jadual waktu tahunan ialah untuk;
  • Menyedari dan mengetahui jenis aktiviti yang akan dijalani sepanjang tahun. Ia boleh dijadikan untuk menentukan bila ada sukan , ujian, peperiksaan dan sebagainya. Bila aktiviti ini dapat ditentukan maka boleh anda membuat persediaan lebih awal.
  • Memperingati diri anda tentang tugas dan tanggungjawab yang perlu dihadapi dan dilakukan sepanjang tahun.
Persediaan membuat perancangan dan tindakan tahunan anda.
Cara menyediakan jadual waktu mingguan dan harian.
Bagi tujuan menyediakan jadual ini senaraikan aktiviti yang perlu dimasukkan dalam jadual waktu mingguan. Aktiviti tersebut mestilah sesuai dan selaras dengan aktiviti pembelajaran anda pada minggu tersebut. Aktiviti itu termasuklah;
  • Senaraikan mata pelajaran sekolah yang anda akan pelajari untuk menghadapi peperiksaan.
  • Aktiviti ko-kurikulum yang akan anda jalani.
  • Aktiviti persendirian anda seperti beribadat, berihat, menolong keluarga dan sebagainya.
Dalam masa anda merancang untuk menyediakan jadual waktu mingguan dan harian ini adalah dicadangkan agar anda mengambil kira, iaitu;
  • Aktiviti yang dirancang untuk dilakukan sebelah petang mestilah mempunyai kaitan dengan aktiviti sebelah pagi dan untuk hari esok, iaitu seperti menyelesaikan kerja rumah, menyemak nota yang baru diterima daripada pengajaran hari itu dan sebagainya.
  • Aktiviti sebelah malam mestilah bersesuaian dengan aktiviti untuk hari esok, seperti membuat persedian awal, mengulang kaji pelajaran lepas dan sebagainya.
Tujuannya;
  • Membuat bacaan atau persediaan awal tentang tajuk yang akan dipelajari esok pagi.
  • Memahami cara kerja amali yang akan dilakukan.
  • Memahami pengajaran pada hari itu.
  • Menyelesaikan kerja rumah dan sebagainya.
  • Hari Sabtu dan Ahad (hujung minggu)
  • Masa untuk buat ulangkaji pelajaran yang telah dipelajari tahun lepas, semester lepas, minggu lepas, atau membuat latihan menjawab soalan peperiksaan lepas.
Manfaatkan masa lapang
Terdapat lebihan masa yang biasanya disia-siakan tetapi ianya boleh dimanfaatkan oleh seorang pelajar. Masa  yang singkat-singkat ini dikenali sebagai sela masa. Antaranya ialah;
  1. Semasa menunggu kenderaan.
  2. Semasa menaiki kenderaan dalam perjalanan pergi dan balik sekolah ke tempat belajar.
  3. Semasa menunggu pengajar datang memberi pengajaran setiap hari.
  4. Semasa menunggu kelas amali dimulakan.
  5. Masa rehat yang berlebihan
  6. Semasa menunggu masa makan pagi, tengahari, petang dan malam.
  7. Masa antara kuliah.
  8. Aktiviti yang boleh dilakukan pada sela masa.
  9. Membaca bacaan awal atau sepintas lalu tentang tajuk yang telah diajar sebelumnya atau tajuk yang akan diajar oleh guru.
  10. Membaca nota ringkas, nota neumonik, formula, melihar gambarajah dan sebagainya.
  11. embaca nota kecil yang mudah dibawa.
  12. erbincang dengan rakan tentang sesuatu tajuk.
  13. Membaca atau menyemak nota yang baru diterima.
  14. Sesuai untuk berbincang mengenai persatuan yang anda sertai.
  15. Tindakan selanjutnya.
  16. Menentukan jumlah masa dan menyediakan jadual ini merupakan perkara yang mudah dan bagi semua pelajar. Namun
  17. apa yang selalu mendatangkan masalah kepada pelajar ialah untuk melaksanakannya dan inilah perkara yang paling besar rumit dihadapi oleh pelajar.
Antara cara yang boleh digunakan untuk mengatasi ialah:
  • Berdoa kehadrat Allah s.w.t. agar mampu melakukannya.
  • Berniat dengan bersungguh untuk melakukannya.
  • Keazaman dan kesungguhan yang tinggi.
  • Ketabahan dan kesabaran untuk melakukan dan berkorban.
  • Sentiasa berfikir dan menyedari kesan buruk jika gagal menguruskan masa dengan baik.
  • Menilai dan mengingat kembali objektif, niat dan tujuan asal membuat jadual waktu dan melakukan proses pembelajaran setiap hari.
  • Elakkan suka bertangguh.
  • Jika anda rasa malas, ingatkan semula matlamat dan tujuan anda belajar ke sekolah



KEMAHIRAN MENDENGAR DALAM PEMBELAJARAN.
Mendengar ialah satu daripada proses komunikasi dalam pembelajaran. Mendengar merupakan proses rangsangan di mana pelajar menerima maklumat yang disampaikan. Proses mendengar yang berkesan akan membantu pelajar mengikuti pelajaran, memahami, mengingat dan membuat catatan.Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi aktiviti pendengaran. Antaranya ialah keadaan fizikal pendengar dan penyampai, keletihan mendengar, jarak atau kedudukan, suasana persekitaran, gaya penyampaian dan pengetahuan penyampai. Namun begitu apa yang lebih penting, penulis menyatakan teknik untuk mendengar secara berkesan perlu diamalkan seperti berikut.
  1. Mulailah proses mendengar dengan berdoa dan meminta perlindungan Allah.
  2. Hendaklah berkeadaan siap sedia.
  3. Menyediakan peralatan untuk mencatat dan menulis bahan yang didengar.
  4. Duduk berhampiran dengan penyampai supaya maklumat yang diperolehi adalah tepat.
  5. Menumpukan pendengaran, fikiran dan perhatian terhadap maklumat yang disampaikan.
  6. Telah mengetahui serba sedikit tajuk yang akan disampaikan.
  7. Sentiasa menjangka apakah fakta dan keterangan yang akan disampaikan.
  8. Menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap apa yang disampaikan.
  9. Mengelakkan gungguan-gangguan persekitaran.
  10. Mendengar sambil mencatat.




KEMAHIRAN MEMBACA DALAM PEMBELAJARAN.
Membaca ditakrifkan sebagai mentafsir dan memikir tentang sesuatu simbol atau tulisan. Ia meliputi aktiviti memaham makna tulisan, penyerapan maklumat dan idea yang dihuraikan oleh seorang penulis. Dalam Islam membaca merupakan langkah utama dalam proses menuntut ilmu. Ini dibuktikan dalam wahyu yang diterima oleh Rasulullah S.A.w yang bermaksud;
"Bacalah dengan nama Tuhanmu ……….. (Al-Alaq: 1….)
Berhubung dengan proses membaca ini, penulis telah menggariskan beberapa teknik dan tatacara membaca secara terperinci seperti berikut;
  1. Sediakan semua peralatan yang akan digunakan untuk tujuan membaca.
  2. Sediakan dengan secukupnya bahan yang akan dibaca.
  3. Elakkan daripada sebarang gangguan dan wujudkan suasana yang selesa.
  4. Tetapkan tajuk yang hendak dibaca.
  5. Tetapkan jumlah muka surat yang hendak dibaca.
  6. Tetapkan jumlah masa yang hendak digunakan untuk membaca.
  7. Duduklah dengan cara yang betul dan selesa.
  8. Tumpukan perhatian dan fikiran terhadap bahan bacaan.
  9. Mulakan dengan berdoa untuk mendapat keberkatan.
  10. Gunakan satu penunjuk seperti pensil dan sebagainya.
  11. Ketika membaca buat catatan isi penting.
  12. Ambil perhatian khas tentang jadual, rajah, data dan symbol



TEKNIK MENYEDIAKAN NOTA BERMUTU.
Nota yang baik ialah nota yang mempunyai ciri-ciri seperti ringkas, padat, berkaitan antara satu fakta dengan fakta yang lain, menarik, mudah dibaca, boleh difahami dan mudah untuk diingat. Terdapat berbagai kemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang pelajar bagi membolehkan mereka membuat dan menyediakan nota yang baik dan bermutu. Kemahiran tersebut ialah;
  • Kemahiran pelajar memahami suatu petikan.
  • Mengenalpasti kata kunci yang terdapat dalam suatu petikan.
  • Memahiran menyusun kata kunci.
  • Kreativiti seseorang pelajar dalam penyediaan nota.
Proses lain yang turut dalam teknik menyediakan nota ialah:
  1. Mendengar maklumat yang disampaikan oleh guru.
  2. Menumpukan pendengaran terhadap maklumat yang disampaikan.
  3. Memahami maklumat yang disampaikan.
  4. Mengenalpasti isi penting dan mencatat bahan (nota).
  5. Sementara itu teknik mencatat nota yang dicadangkan ialah seperti berikut;
  6. Membuat persediaan awal seperti menyediakan alatulis.
  7. Membaca sepintas lalu tajuk yang akan dibincangkan.
  8. Mencatat isi penting sahaja.
  9. Menggunakan perkataan sendiri yang mudah difahami.
  10. Tulisan hendaklah jelas.
  11. Menyalin rajah atau data yang diberi dengan lengkap.
  12. Semak semula dan tandakan mana-mana yang tertinggal.
  13. Melengkapkan secepat mungkin nota-nota yang tertinggal.



KEMAHIRAN MENYOAL DALAM PROSES PEMBELAJARAN.
Bertanya ditakrifkan sebagai satu aktiviti pembelajaran yang dilakukan oleh orang belum, tidak tahu atau kurang pengetahuan terhadap sesuatu perkara. Aktiviti bertanya berlaku apabila sesuatu konsep yang kurang difahami. Untuk mendapatkan penjelasan dan sesuatu keterangan dan untuk mendapatkan kepastian. Pelajar yang sering bertanya akan mendapat banyak maklumat. Faedah yang boleh diperolehi adalah seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;
"Terdapat empat (4) faedah dan kebaikan bertanya, pertama kepada tukang tanya, kedua kepada orang yang kena tanya, ketiga kepada orang yang mendengar dan keempat kepada orang yang suka kepada tiga golongan orang di atas"
(Abu Naim)
Sesuatu pertanyaan itu mestilah dilakukan pada tempat, keadaan, cara dan masa yang sesuai dan betul. Ini perlu dilakukan supaya pertanyaan itu dapat difahami dan diterima, difahami oleh guru serta tidak mendatangkan kesan yang buruk. Terdapat beberapa tempat atau kaedah yang dicadangkan untuk bertanya, antaranya adalah seperti berikut.
  • Mengetahui tabiat seorang pengajar.
  • Pengajaran yang diberikan kurang jelas.
  • Bertanya terus kepada guru.
  • Tidak meliputi tajuk-tajuk atau perkara yang tidak berkenaan.
Menghadiri Pengajaran Di dalam Kelas.
Aktiviti pendidikan di Malaysia berlaku di dalam kelas. Oleh yang demikian para pelajar dikehendaki mendengar, memahami, menulis (mencatat nota), dan mengingat semua maklumat yang disampaikan oleh guru. Dalam proses pembelajaran dalam kelas, beberapa amalan perlu diketahui oleh pelajar. Di antara amalan itu termasuklah;
  • Mengetahui tajuk yang akan diajar.
  • Membaca sepintas lalu mengenai tajuk tersebut.
  • Membuat nota ringkas dan
  • Membawa nota-nota ringkas berkenaan di dalam kelas.
Terdapat beberapa adab atau peraturan ketika menghadiri kelas iaitu
  • Meminta restu daripada ibu bapa.
  • Memulakan dengan bacaan Bismillah ….,
  • Berdoa memohon berkat ketika melangkah ke sekolah
  • Datang lebih awal, masuk ke kelas dengan ucapan salam
  • Duduk di hadapan kelas
  • Menyediakan peralatan belajar dengan selengkapnya
  • Menumpukan perhatian dengan fikiran yang tenang
  • Membuat dan mencatat nota tambahan
  • Bertanya guru jika terdapat keraguan dan
  • Semak semula nota yang dicatat apabila kelas telah selesai.


KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN
Teknik membuat rujukan ini akan membantu para pelajar mengenalpasti sumber-sumber lain selain daripada buku teks seperti dengan cara bertemu, bertanya dan berbincang dengan orang yang lebih arif. Sesuai sekali dengan firman Allah yang bermaksud;
"Bertanyalah kamu kepada ahli-ahli jika kamu tidak mengetahui"
(Al-Nahl: 43)
Tujuan utama aktiviti membuat rujukan ini ialah untuk melengkapkan dan menambahkan fakta yang diperolehi daripada proses pengajaran guru. Ia juga bertujuan meluaskan lagi pengetahuan yang sedang dan telah dipelajari.
Beberapa faedah telah dikenalpasti yang boleh diperolehi di antaranya ialah;
  • Dapat menambah dan melengkapkan fakta tentang sesuatu tajuk.
  • Menambahkan kefahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu sepertikonsep, contoh, masalah, formula dan sebagainya
  • Dapat membetulkan mana-mana fakta atau konsep yang tersalah catat
  • Dapat meningkatkan motivasi dan minat serta daya tarikan terhadap pelajaran
  • Dapat menjamin meningkatkan hasil laporan, laporan projek dan sebagainya.




KEMAHIRAN BELAJAR SECARA BERKUMPULAN.
Belajar secara berkumpulan merupakan satu aktiviti yang sangat digalakkan. Dalam aktiviti ini para pelajar digalakkan bertukar-tukar fikiran dan saling bantu-membantu. Tuntutan adalah selaras dengan firman Allah yang bermaksud; "Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk kebajikan dan bertaqwa dan jangan bertong-tolong pada melakukan dosa dan kemungkaran"
(Al-Maidah: 2)
Beberapa panduan dalam melakukan aktiviti belajar secara berkumpulan. Panduan tersebut adalah seperti berikut;
  1. Bentuk kumpulan seramai 5 – 10 orang.
  2. setiap kumpulan perlu mempunyai ketua.
  3. Lantiklah seorang pencatat.
  4. Tetapkan satu tarikh pertemuan yang telah dipersetujui bersama
  5. Tetapkan tajuk yang akan dibincangkan lebih awal.
  6. Lakukan aktiviti pembelajaran ditempat yang sesuai.
  7. Sediakan peralatan secukupnya dan
  8. Duduklah dalam bulatan ketika memulakan perbincangan.
  9. Terdapat juga tatacara yang perlu dilakukan seperti;
  10. Ahli mesti patuh kepada ketua yang dilantik.
  11. Ahli mesti membuat sedikit persediaan terhadap tajuk yang akan dibincangkan.
  12. Hadkan masa yang digunakan.
  13. Mendengar dan memberi pendapat dengan baik.
  14. Lakukan penilaian terhadap pencapaian pembelajaran dan
  15. Ahli digalakkan menyalin fakta yang telah disampaikan.
Banyak faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti belajar secara berkumpulan seperti;
  • Dapat menjimatkan masa.
  • Dapat mengumpulkan isi dengan lebih banyak.
  • Dapat meningkatkan minat dan motivasi terhadap pelajaran.
  • Dapat mengelakkan rasa jemu dan bosan.
  • Dapat mengelakkan rasa mengantuk.
  • Dapat mengurangkan rasa malas belajar.
  • Dapat memupuk rasa setiakawan.
  • Dapat menambah, mengingat dan mengembangkan ilmu secara berkesan.



TEKNIK-TEKNIK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Sepatutnya anda dapat dikatakan pakar dalam hal ini, kerana kekerapan anda mengambil peperiksaan semenjak kecil lagi. Namun begitu , anda mungkin lupa sesuatu, ataupun tidak tahu teknik-teknik yang dapat membantu kecekapan anda. Berikut beberapa panduan dan teknik yang dapat mengurangkan ketegangan menghadapi peperiksaan.
PERSIAPAN.
Persiapan pada sebelum malam peperiksaan.
Pelajar-pelajar suka belajar hingga larut malam terutama sekali pada malam sebelum peperiksaan. Sepatutnya amalan ini ditinggalkan dan sebaliknya anda cuba berehat. Tidur awal membolehkan anda berasa tenang dan bertenaga semasa menghadapi peperiksaan pada keesokannya harinya.
  • Tanamkan azam dan semangat berjaya dan ini dapat diperkuatkan sekiranya anda telah mematuhi strategi belajar yang bermula pada awal semester. Letakkan (gambar) di dinding dengan tulisan seperti ‘Anda Boleg Berjaya1' atau ‘You Can Do It'.
  • Kurangkan meminum minuman the dan kopi. Jangan gunakan dadah perangsang seperti Amfetamin atau ‘Pep Pills' yang senang disalahgunakan oleh pelajar semasa hendak mengambil peperiksaan.
  • Kumpulkan semua barang yang perlu dibawa ke dewan peperiksaan seperti beberapa batang pensil, pen, pemadam atau tip-ex, kad metrik atau kad pengenalan dan sebagainya.
PAGI HARI PEPERIKSAAN
  • Pastikan anda makan sarapan yang mencukupi kerana anda memerlukan tenaga mental dan fizikal sepanjang hari.
  • Sekiranya anda perlu pengangkutan untuk ke dewan peperiksaan, anggarkan masa yang diperlukan, supaya anda tidak lewat.
  • Apabila sampai ke dewan peperiksaan anda akan melihat keadaan seperti ini: Ada pelajar yang masih sedang menyemak nota, ada yang sedang berbincang dan ada yang bergelak ketawa antara mereka. Ada baiknya anda menjauhkan diri daripada mereka supaya anda tidak merasa panik. Misalnya, apabila berbual mungkin anda mendapati bahawa anda terlupa belajar sesuatu dan ini akan menakutkan anda. Kalau perlu dan kalau ada masa, belek nota-nota supaya segala yang dipelajari segar dalam ingatan.
  • Apabila dibenarkan masuk ke dalam dewan, tentukan bahawa tempat duduk anda memuaskan. Adakah tempat itu terlalu sejuk atau terlalu panas? Bagaimana dengan cahaya lampu? Adakah meja tulis dan kerusi sesuai?
HARI PEPERIKSAAN
* Tindakan berikut perlu anda jalankan pada hari peperiksaan
  • Pastikan pusat, bangunan dan lokasi peperiksaan. Aktiviti ini sangat penting bagi calon persendirian terutama yang menduduki satu peperiksaan sahaja.
  • Semak peraturan peperiksaan sama ada peraturan umum atau khas.
  • Sampai ke pusat peperiksaan awal supaya jangan terburu-buru.
  • Baca dengan teliti format dan arahan kertas peperiksaan.
  • Pilih soalan yang terbail untuk dijawab. Beberapa soalan yang boleh dijawab dengan baik iaitu boleh memberikan banyak markah perlu dipilih sebelum menjawab.
  • Tulis dengan jelas dan cepat
  • Peruntukan masa bagi setiap jawapan perlu dikawal.
  • Masa menulis perlu digunakan dengan sepenuhnaya.
  • Jangan tinggalkan dewan peperiksaan sebelum kertas jawapan dipungut oleh para pengawas peperiksaan.

BUNTU FIKIRAN/TEKANAN FIZIKAL DAN PSIKOLOGIKAL PADA MUSIM PEPERIKSAAN.
  • Ia boleh diatasi dengan pencegahan
  • Ia boleh disebabkan oleh kurang persediaan, ulangan atau ualangkaji
  • Jalankan kegiatan ulangan tiap-tiap hari dan minggu.
  • Pelajar dinasihatkan supaya jangan gementar
  • Bernafas panjang dan dalam
  • Bersantai iaitu berehat
  • Cuba ingatkan baik dengan mengingati fakta yang berkaitan dengan fakta yang dilupai – cuba cari pertaliannya.
  • Rujuk balik kepada nota (bukan semasa peperiksaan)
  • Akibat kurang tidur, atau salah makan
  • Jalankan senaman ringan untuk mengurangkan ketegangan.

KELETIHAN FIZIKAL DAN CARA MENGATASINYA
  • Jaga masa tidur.
  • Rehatkan tangan, mata dan otot-otot semasa menjawab soalan sekali sekala.
  • Ambil angin sebentar
  • Basuh muka dengan air sejuk
  • MASALAH SEMASA PEPERIKSAAN 

    SERANGAN GEMENTAR DAN CARA MENGATASINYA
  1. Persediaan lebih awal
  2. Kawalan mental melalui latihan
  3. Kawalan fizikal melalui latihan
  4. Bersantai – mental/fizikal
  5. Cuba berhentikan rasa gementar dengan menggenggam tangan
  6. Kawal nafas , cuba bertenang. Kurangkan kecepatan bernafas.
  7. Rehatkan fikiran
  8. Gantikan fikiran cemas dan tegang dengan positif
  9. Hindarkan mengingati pemikiran yang menyebabkan panik

MAKLUMAT PEPERIKSAAN
  • Nama pusat peperiksaan
  • Nombor pusat
  • Angka giliran
  • Lokasi tempat
  • Keadaan fizikal bilik/kawasan
  • Kenderaan
  • Sistem peperiksaan (syarat untuk lulus)
MAKLUMAT TENTANG KERTAS.
  • Nombor kertas
  • Tarikh
  • Masa
  • Sesi/Bahagian kertas
  • Arahan spesifik
  • Format
DOA DAN SEMBAHYANG SUNAT UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
  • Sembahyang hajat
  • Doa keluar rumah
  • Doa naik kenderaan
  • Doa apabila menemui sesuatu yang sukar
  • Doa apabila hati menghadapi kesedihan
  • Doa apabila terkena kesedihan hati
  • Doa aneka macam kesusahan

HARI PEPERIKSAAN
  • Ulang pelajaran
  • Tidur awal
  • Doa sebelum tidur
  • Sembahyang fardu/sunat selepas bangun
  • Sampai awal di pusat peperiksaan.
TEKNIK MENJAWAB
Panduan Umum
  • Jawab soalan yang boleh dijawab dahulu
  • Pilih soalan yang boleh dijawab dengan baik dahulu
  • Tinggal dahulu soalan yang sukar
  • Baca soalan dengan tenang dan jangan gopoh
  • Rancang jawapan (lakar jawapan)
2.Ujian Objektif
  • Baca arahan dengan teliti
  • Baca dengan cepat semua soalan dahulu
  • Jawab dengan cepat yang pasti betul jawapannya
  • Balik kepada soalan-soalan yang belum berjawab. Analisa soalan-soalan yang sukar untuk mendapatkan perkataan kunci atau bayangan (clue)
  • Baca beberapa kali
  • Pilih dan buang jawapan yang tidak tepat/rapat dengan soalan.
  • Jangan terus ketepikan jawapan "semuanya di atas" atau "bukan di atas"
  • Pilih jawapan "semuanya di atas" apabila semua pilihan jawapan betul.
  • Baca jawapan untuk memahami soalan
  • Padankan soalan dengan setiap jawapan cara berasingan. Ini mungkin boleh menolong mendapatkan jawapan yang baik/tepat walaupun ia tidak merupakan yang setepatnya. Ini lebih baik daripada cuba mengagak saja.
  • Olah balik soalan suapaya senang difahami. Cari contoh-contoh yang boleh menambah kefahaman kita  terhadap soalan. Baca balik soalan asal dan cuba dapatkan jawapan yang setepat mungkin.
  • Gunakan maklumat/pengetahuan yang ada dalam soalan dan jawapan yang lain
  • Cuba teka adalah usaha terakhir
  • Semak jawapan











Teknik Bercakap di Khalayak Ramai


Adakah anda merasa berdebar setiap kali anda bercakap di depan khalayak ramai hingga anda lupa apa yang hendak dikatakan?Adakah anda rasa pendengar atau 'audience' tidak berminat mendengar ceramah atau ucapan anda? Jika anda rasa begitu, apakah yang boleh anda lakukan?
Baca tips ini dan majukan teknik anda bercakap dikhalayak ramai sekarang. Klik di sini.






7 Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan


Menjelang peperiksaan, ada pelajar yang merasa tertekan hingga tidak boleh tidur lena, tidak lalu makan, hilang fokus dan yang paling membimbangkan, pelajar tidak boleh fokus kepada pelajaran mereka. 7 tips ini sebenarnya boleh anda download kerana ia adalah ebook yang saya berikan percuma. Namun, anda boleh baca teknik-teknik itu terus di sini.Klik di sini.



Kemahiran Berkawan


Tahukah anda, menurut satu kajian di negara barat, lebih 80% pekerja dibuang kerja bukan disebabkan oleh masalah tidak pandai melakukan kerja. Tetapi mereka dibuang kerana mereka mempunyai masalah dalam sikap terutamanya masalah dalam bergaul dengan rakan sekerja.Ini ada kena mengena dengan kemahiran anda untuk bergaul dengan orang-orang disekliling anda terutamanya dengan orang-orang yang dikira sebagai kawan anda. Untuk membaca tips-tips kemahiran berkawan ini. Klik di sini.


Tips-tips Psikologi Peperiksaan


Pernahkah anda merasa begitu berdebar semasa peperiksaan hendak dijalankan? JAntung anda berdegup dengan sungguh pantas. Tangan anda mula sejuk. Anda tidak boleh duduk diam. Anda juga rasa semakin sukar untuk fokuskan fikiran anda kepada apa yang telah anda pelajari. Apakah yang harus anda lakukan?. Untuk membaca tips-tips psikologi peperiksaan ini. Klik di sini.


Tips dan Teknik Menetapkan Matlamat
(Seperti yang telah diterbitkan oleh Akhbar Sinar Harian)


Menetapkan matlamat adalah langkah pertama dalam mencapai sebarang kejayaan. Tanpa cara yang betul, matlamat hanyalah angan-angan kosong. Untuk membaca tips-tips menetapkan matlamat hasil tulisan Osman Affan seperti yang telah diterbitkan di Akhbar Sinar Harian, Terengganu.Klik di sini.


Teknik Belajar & Membaca SQ3R


Jika anda ada masalah tidak ingat apa yang anda telah baca, tidak boleh fokus semasa belajar dan mudah hilang tumpuan semasa membaca buku, teknik ini sangat sesuai untuk membantu anda. Pelajari bagaimana anda boleh tingkatkan daya ingatan anda apabila membaca buku dan apabila anda sedang mempelajari sesuatu yang baru.Klik di sini.



21 Tips Microsoft Power Point


Di sini saya kongsikan 21 tips berdasarkan pengalaman saya sendiri. Jika anda hadiri kelas-kelas komputer yang mengajar perisian, mungkin banyak lagi perkara yang anda akan tahu. Namun, saya percaya anda tidak perlu tahu semua perkara untuk menjadi lebih maju.
21 tips ini ialah tips-tips yang praktikal menurut pandangan saya dan tips-tips ini sering saya kongsikan bersama peserta semasa saya menjalankan program-program public speaking atau presentation skills. Ia juga berdasarkan pemerhatian saya terhadap kesilapan-kesilapan utama yang dilakukan oleh pelajar atau presenter semasa menggunakan perisian ini. Klik di sini.



7 Petua Memikat Hati Rakan Sebaya


Assalamualaikum w.b.t…….. hmmm… hari ni kita mulakan dengan nada yang berbeza…. apabila saya tulis perkataan memikat, apakah yang bermain di fikiran anda? Saya percaya ramai antara anda yang akan terfikir tentang lelaki memikat wanita atau sebaliknya. Bukan itu yang saya maksudkan sebenarnya…namun, ia boleh juga jadi begitu jika teknik-teknik ini digunakan. 
Apa yang mahu saya kongsikan disini ialah 7 petua bagaimana mahu membuat rakan sebaya anda mesra dan suka kepada anda (dalam erti kata yang baik). Rakan sebaya tidak semestinya sama umur dengan anda. Saya percaya rakan anda disekolah sama ada junior atau senior boleh kita kategorikan sebagai rakan sebaya juga.Klik di sini.



Kemahiran Menghafal


Sebagai permulaan, anda perlu tahu, manusia tidak mempunyai memori yang lemah. Mungkin selama ini anda sering menghadapi kesukaran untuk menghafal lalu anda fikir anda mempunyai memori yang lemah. Malah ada juga orang disekeliling anda yang melabelkan anda sebagai lemah ingatan. Mereka itu mungkin masih belum terdedah kepada fakta-fakta tentang kehebatan manusia ciptaan tuhan. Tetapi, kalau daya ingatan kita tidak lemah, mengapa terlalu sukar untuk kita menghafal sesuatu? Klik di sini.



Teknik Pengurusan Masa


Adakah anda tahu apa itu pengurusan masa? Setiap kali saya menjalankan program-program motivasi dan teknik belajar, saya selalu ceritakan tentang asas pengurusan masa. Apabila saya mahu mula bercerita tentang pengurusan masa pula, para pelajar selalu sangka yang saya akan ceritakan bagaimana caranya untuk membuat jadual. Adakah itu yang anda fikirkan setiap kali anda dengar perkataan pengurusan masa? Jadual? Klik di sini.



7 Petua Memikat Hati Guru


Pernahkah anda dengar pelajar merungut, “Cikgu tu tah apa-apa tah….. pilih kasih…. kalau si Leman tu, apa dia buat semua ok…. kalau aku ni, ada je benda tak kena….. pilih kasih betul…….”
Rungutan begini selalunya datang daripada pelajar yang iri hati melihat sesetengah pelajar lain rapat hubungan dengan guru mereka. Adakah anda juga begini?
Katakan memang?ada guru yang pilih kasih dan melebih-lebihkan sesetengah pelajar, adakah anda akan merungut jika anda yang menjadi anak murid kesayangan guru itu? Tentu tidak bukan? Apa yang ingin saya katakan ialah, guru pilih kasih adalah perkara biasa. Ia tidak bermaksud guru itu pilih kasih pada sesetengah pelajar hingga menganiaya pelajar lain. Saya percaya semua guru sayangkan anak muridnya. Cuma, disebabkan guru juga adalah manusia biasa, mereka akan lebih menyayangi beberapa anak murid yang memenuhi beberapa kriteria pilihan mereka. Klik di sini.



7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari


Beberapa minggu lalu saya ada terfikir untuk menulis beberapa tips dan petua berkenaan teknik ingat apa yang sudah dipelajari. Namun, saya sudah tuliskan isi-isinya dalam kemahiran menghafal. Di dalam petua yang saya ingin kongsikan beberapa hari ini agak berbeza kerana ini adalah cara praktikal yang anda boleh gunakan untuk mengingati sesuatu dengan lebih mudah.Petua ini tidak semestinya anda gunakan semasa belajar, tetapi dalam mana-mana keadaan yang memerlukan anda untuk mengingat sesuatu. Contohnya, jika seseorang menerangkan cara untuk pergi ke suatu tempat, anda akan lebih mudah ingat penerangan itu jika anda gunakan petua-petua ini. Untuk membaca petua-petua ini. Klik di sini.



Ramadhan dan Kejayaan


Cuba anda lihat orang-orang yang berjaya di sekeliling anda atau orang berjaya yang anda kenal. Tentu mereka mempunyai sifat-sifat unik tertentu yang tidak banyak terdapat di dalam diri orang-orang yang kurang berjaya. Contohnya, orang yang berjaya mempunyai matlamat yang jelas tentang apa yang mereka mahu capai. Orang yang berjaya juga tidak kenal erti berputus-asa. Lebih hebat lagi, orang berjaya boleh bersabar dan terus berusaha walaupun apa yang mereka kerjakan belum membuahkan hasil.
Percayakah anda jika saya katakan ciri-ciri dan sifat-sifat ini semua boleh dibentuk semasa anda menjalani ibadah puasa? Hmm… jika anda mahu berjaya seperti mereka juga suatu hari nanti, mari kita bincangkan dan fikirkan bersama mengenai apa yang anda perolehi sepanjang bulan Ramadhan ini. Klik di sini.


7 Petua Pandai Bahasa Inggeris


Bahasa Inggeris boleh jadi satu subjek yang sangat ditakuti di sekolah. Menurut pengalaman dan pemerhatian saya di sekolah, di tuisyen dan dalam program-program yang saya pernah jalankan untuk pelajar, subjek Bahasa Inggeris adalah antara subjek yang paling ditakuti, digeruni malah dibenci. Mengapa ini berlaku?
Jika anda seorang pelajar, cuba tanya diri anda, adakah anda suka subjek Bahasa Inggeris? Jika anda seorang pekerja atau usahawan, adakah anda selesa menggunakan Bahasa Inggeris?
Jika anda sudah biasa menggunakan Bahasa Inggeris di rumah, tentulah subjek ini bukan satu subjek yang susah bagi anda. Namun, jika tidak ada langsung sesiapa yang pandai berbahasa Inggeris di rumah mahupun di kampung anda, tentu subjek ini begitu mencabar bukan?
Tidak perlu saya terangkan apakah kelebihannya jika anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dan mampu bertutur dengan lancar dalam bahasa ini. Kita akan terus bincangkan bagaimanakah caranya anda boleh memajukan tahap kemahiran anda berbahasa Inggeris ini. Klik di sini.


Adab menuntut ilmu online


Kalau majoriti pelajar atau orang dewasa mahu belajar sesuatu dengan cara tidak beradab, mereka akan rugi kerana orang tidak akan mahu berkongsi ilmu dengan mereka. Maksud saya, kalau di laman web ini cara begitu digunakan, di laman web lain apatah lagi.
Perumpamaannya, bayangkan ada seorang tiba-tiba masuk rumah anda, tanpa diundang, tanpa memberi salam dan tanpa mengetuk pintu. Kemudian, dia berkata kepada anda, “Eh, TOLONG AJAR SAYA MACAM MANA NAK TULIS SURAT!”. Agaknya, apa reaksi anda? Kalau ada orang yang buat begini, adakah anda akan tegur dia supaya dia lebih beradab atau anda tegur tuan rumah supaya berfikiran lebih positif. (Kata pada tuan rumah, “sabar, dia tak ada niat nak biadab, awak kena berfikiran positif.”) . Klik di sini.


7 Petua Skor A


Apa yang ingin saya katakan ialah motivasi belajar selalu dikaitkan dengan kecemerlangan akademik. Jika seseorang itu mempunyai teknik belajar yang baik dan tahap motivasi dirinya tinggi, tentu dia boleh capai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Benar, saya setuju. Cuma, konsep motivasi dan teknik belajar bukan sahaja boleh digunakan oleh pelajar, malah ia sesuai untuk orang dewasa.
Kerapkali saya lihat orang dewasa menghadapi kesukaran untuk mempelajari sesuatu yang baru. Lebih buruk lagi, ramai orang dewasa yang takut untuk mempelajari sesuatu yang baru. Contohnya ada orang dewasa yang takut belajar menggunakan komputer dan internet. Ada yang takut untuk belajar berniaga. Ada   yang takut untuk menghadiri kursus kerana bimbang gagal dalam ujian yang bakal diduduki. Klik di sini.



3 Rahsia Keyakinan Diri


Beberapa minggu lalu saya ada ceritakan tentang hasrat saya untuk berkongsi beberapa tips mengenai keyakinan diri. Keyakinan diri yang saya maksudkan bukan sahaja keyakinan untuk berdiri di depan khalayak ramai, malah keyakinan diri untuk buat sesuatu yang baru, menghadapi cabaran dan mencipta kejayaan.
Bagi saya, keyakinan diri adalah sesuatu yang asas perlu dimiliki oleh semua orang. Ada banyak keadaan atau situasi yang boleh menggugat keyakinan diri kita. Contohnya kalau kita selalu gagal atau pernah gagal, kita akan takut untuk mencuba. Ini menunjukkan keyakinan diri kita untuk menebus kegagalan itu adalah teralu rendah atau langsung tidak ada.
Ada orang yang selalu diejek dan diperlekehkan. Ini membuat mereka rasa rendah diri, tidak percaya kepada kebolehan diri sendiri malah membenci diri mereka sendiri.
Ada orang yang terlalu selesa berada di dalam kawasan yang selamat bagi mereka. Jika mereka tidak pernah bersuara dalam mesyuarat atau perbincangan, mereka kekal tidak bersuara dan hanya memendamkan pendapat mereka. Jika mereka tidak pernah berniaga, mereka kekal makan gaji walaupun mereka sudah lihat 1001 sebab mengapa perniagaan boleh membantu mereka mencapai apa sahaja yang mereka inginkan.Klik di sini.



3 Sumber Keyakinan Diri


Saya juga percaya, walau sehebat mana pun diri kita, ada masanya kita merasa seolah-olah hilang punca dan hilang semua keyakinan diri yang pernah kita miliki. Kita rasa rendah diri dan tidak mampu menghadapi cabaran. Kadangkala dengan hanya melihat kejayaan orang lain sahaja sudah mampu membuat kita rasa sedih, kecewa dan tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri.
Banyak sebab mengapa kita boleh mengalami keadaan begitu. Namun, dalam posting kali ini, saya tidak berminat untuk menceritakan itu semua kerana saya percaya anda semua pasti sudah tahu sebab-sebabnya. Apa yang ingin saya kongsikan ialah di saat kita merasa lemah dan tidak yakin diri, dari manakah kita boleh dapatkan setitik atau seteguk keyakinan diri agar kita kembali bertenaga untuk meneruskan cabaran dan rintangan hidup? Di manakah letaknya sumber utama kekuatan dan keyakinan diri kita?
Untuk menjadikan posting ini lebih bermakna dan lebih anda ingati, apa kata anda fikirkan dulu hari ini tentang soalan ini. Biasanya, apabila anda merasa rendah diri atau hilang keyakinan diri, apa yang anda lakukan untuk menaikkan semula semangat dan keyakinan diri anda?.Klik di sini.


7 Tanda anda akan gagal di universiti


Sejak tahun 2005, saya sudah aktif menjalankan program-program motivasi dan teknik belajar di peringkat universiti. Apa yang saya lihat ialah memang ada pelajar yang tergolong dalam pelajar yang berdisiplin, cemerlang dan bercita-cita tinggi. Namun realitinya, lebih ramai lagi sebenarnya pelajar di universiti yang berfikiran negatif, malas, tidak ada cita-cita, terlalu selesa, tidak yakin diri, tidak mahu mencuba, lemah semangat, takut gagal dan sebagainya lagi.
Situasi ini semua menimbulkan rasa bimbang dan tidak senang dalam hati saya. Generasi pelajar di universiti sekarang ini adalah generasi yang akan membentuk dan memimpin negara kita dalam 10 hingga 20 tahun akan datang, generasi yang bakal memimpin anak-anak saya. Tetapi layakkah mereka menerajui negara jika   majoritinya masih sukar untuk bangun pagi jika tidak dikejut atau dipaksa? Layakkah mereka jika bila lihat buku tebal sedikit pun sudah lemah semangat? Lebih membimbangkan lagi, layakkah mereka jika mereka diberi cabaran lalu mengalah, menarik diri dan langsung tidak mahu mencuba?.Klik di sini.


Di mana saya parking kereta tadi?


Hari ini saya ada satu soalan untuk anda. Pernahkah anda terlupa di mana anda parking kereta anda? Maksud saya, anda masuk ke mana-mana pusat membeli-belah yang besar, anda parking dan beberapa jam kemudian, semasa hendak ambil kereta semula, anda terlupa beberapa perkara tentang parking seperti
  • Tingkat berapa
  • Tiang nombor berapa
  • Tangga mana
  • Jalan keluar mana yang membawa ke tempat kereta tersebut (ada banyak pusat membeli belah yang besar yang mempunyai banyak jalan keluar. Salah pilih, anda akan hilang punca di mana arah kereta anda berada).
  • Kereta apa yang anda bawa (ini masalah kepada orang yang terlampau banyak kereta. Mungkin jarang berlaku :-)
  • Selepas pintu keluar, mahu ke kiri atau ke kanan.
Saya percaya ini semua sangat biasa berlaku. Jarang saya dengar orang yang tidak ada pengalaman terlupa di mana parking kereta sendiri. Saya sendiri juga selalu alaminya satu ketika dahulu. Soalan seterusnya, adakah masalah lupa parking ini menunjukkan kita mudah lupa?.Klik di sini.



7 Tips Latihan Pengurusan Masa Sepanjang Cuti Sekolah


Satu masalah utama yang disebut-sebut oleh pelajar ialah masalah pengurusan masa. Walaupun semua pelajar tahu bahawa kita semua sama-sama ada 24 jam sehari, mereka tetap hadapi kesukaran memahami mengapa ia terasa seperti cuma ada 12 jam sahaja sehari dalam hidup mereka. Jangan kata pelajar, orang dewasa juga hadapi masalah yang sama. Jika saya imbas zaman persekolahan saya sendiri, saya juga tidak terkecuali daripada masalah pengurusan masa.
Jadi sepanjang cuti sekolah ini, apa kata kita beberapa tips yang boleh digunakan untuk menguruskan masa. Secara khususnya, saya akan bincangkan 7 tips pengurusan masa. Sebaik-baiknya, kita gunakan kesemua tips ini serta-merta sepanjang cuti sekolah ini agar apabila sekolah bermula nanti, kita akan mula rasa selesa dengan gaya pengurusan masa yang betul.
Dr Tara Kuther7 tips ini saya pelajari daripada artikel hasil tulisan Dr. Tara Kuther, Professor dalam bidang Psikologi di Universiti of Western Conneticut State. Beliau menulis tips ini untuk ditujukan kepada pelajar di peringkat sekolah menengah, kolej dan universiti. Setelah saya baca dan faham artikel tersebut, saya akan kongsikan bersama anda mengenai tips ini berdasarkan apa yang saya faham.
Saya juga akan tulis tips ini sebagai satu panduan untuk anda jadikannya satu latihan sepanjang cuti persekolahan ini. Jadi saya percaya artikel yang bakal saya kongsikan ini sesuai untuk anda jika anda bergelar seorang pelajar.
Kita akan mulakan tips ini esok. Sebelum itu, apa kata anda fikirkan, apakah masalah yang anda hadapi berkenaan pengurusan masa. Senaraikan sebanyak mungkin. Jika anda boleh senaraikan masalah yang dihadapi, membaca tips-tips ini akan jadi lebih mudah untuk anda fahami. .Klik di sini.











Teknik Belajar Cara Sistem PQRST

Sistem PQRST adalah suatu cara yang diperkenalkan oleh EL Thomas dan Ha
Rabinson   dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every
Class". Berikut adalah lima item yang menjadi   tunjang sistem ini.

       (a) Preview ( mengimbas Tajuk-tajuk Penting )

        Dalam item ini pelajar disarankan agar melihat tajuk utama dalam
sesuatu bab dan seterusnya melihat tajuk-tajuk kecil yang menjadi rangka
dalam menggambarkan maklumat atau   isi penting dalam keseluruhan bab.


      (b) Question ( Menyoal )

      Daripada rangka ini, bina soalan yang boleh membantu anda mencari isi
penting. Dengan cara ini anda boleh mengingati sesuatu dengan lebih jelas.

    
      (c) Read ( Membaca )

       Membaca sesuatu tajuk akan menjadi lebih bermakna kerana setiap ayat
menjawab soalan   anda sendiri dari rangka topik.

      (d) Self-Recitation ( Menyebut Satu Persatu )

Apabila anda sudah membaca, anda perlu mencatat atau melakar sesuatu
gambarajah berkaitan dengan apa yang difahami. Kemudian baca isi penting itu
semula tanpa melihat nota   yang telah anda catatkan.


      (e) Test ( Ujian )
           
     Untuk memastikan anda sudah memahami dan mengingati fakta sebaiknya,
anda perlu membuat penilaian kendiri. Dua cara boleh dilaksanakan iaitu
melaksanakan ujian-ujian tahun   lepas tanpa melihat rujukan dan menggunakan
teknik soal jawab dengan bantuan rakan.






Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz1b9O5Jjgx Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives