yang pastinya kita semua mesti suka bila melihat
orang tersenyum... dan menandakan mereka sedang gembira... dan ada gak
yang bibir mengukir senyum tapi dalam hati menangis.... betul tak....
kekadang senyum ni boleh menjadi motivasi diri.... bila dalam keadaan
sedih,dan bila kita tersenyum... sekurangnya dapat mengurangkan sedikit
rasa kesedihan itu... tapi awas! jangan senyum tak tentu pasal.... ada
pulak yang fikir lain nanti..ehhehehe...;p
senyum
ni pulak ada macam² versi... setiap orang ade versi masing²... ada
yang senyum dam menampakkan giginya... dan ada juga yang senyum tapi
tidak menampakkan gigi nya... tak kisahlah versi macam mana... yang
penting ikhlas dalam senyuman itu...^_^.... tadi google kejap pasal
senyuman ni.... terjumpa la artikel pasal Rahsia Di Sebalik Senyuman....jom kongsikan sama²..::
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.
Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita
gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang
melalui sinus ke otak.
3.
Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian
yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'.
Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan
penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal
dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri
sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.
Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar
dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun
iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak
berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari
berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru tidak
hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami
masalah tekanan dan kemurungan.
7.
Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat
Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu
stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu
manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat
apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian
dibuat. Dari keputusan sampel
darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin
baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan
penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
9. Ketika kita ketawa, sel
pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras
dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T
(yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang
menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu
merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan
ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak
kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau
keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman
yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak
langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi,
strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland
menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang
yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang
sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.
Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen,
merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk
belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam
ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu
menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu
modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu.
Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga
mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk
memulakan sesebuah ikatan positif.
15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz1b9O5Jjgx
Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives
No comments:
Post a Comment