1.
Pastikan makan yang pelbagai kerana terdapat nutrisi tertentu yang tak
terdapat dalam sesuatu makanan tertentu. contonya: Magnesium jika tidak
mencukupi boleh menjejaskan kegiatan otak kita. Ferum yang tak cukup
boleh menyebabkan darah kurang. Hal ini kerana darah terbina daripada
hemoglobin yang dibina daripada ferum (zat besi). Kurangnya trasnpostasi
oxygen ke tisu badan dan seterusnya menyebabkan badan penat dan
mengantuk..
2.
Air. Air merupakan bahan yang sangat penting yang memastikan
metabolisma dapat berjalan dengan baik. Sememangnya betul jika kita tak
cukup air, makan lah secukup mana pun, nanti kita akan mengantuk. Ini
demikian kerana metabolisma amat memerlukan air. Air yang kurang juga
boleh membawa kepada kurang aliran darah ke otak (hypoperfusion) dan
boleh menyebabkan mengantuk.
3.
Makan tak cukup (kurang makan), kesannya sama seperti hypoxia (kurang
oxigen ke otak), otak tak dapat oxygen yang cukup. Kita diisarankan
makan secukupnya waktu pagi sebelu pergi ke kelas supaya tak lapar dan
dahaga di kelas. Individu yang selalu berlapar (berdiet) secara
berterusan mempunyai masalah besar pada tekanan darah (tekanan darah
terlalu rendah yang menyebabkan kurang aliran ke otak) dan juga masalah
pada kebolehan untuk fokus di dalam kelas. Kajian dalam bidang
patofisiologi mendapati individu yang berlapar secara berterusan (diet)
mengalami kurang konsentrasi selain mempunyai memori yang tidak dapat
berfungsi secara normal.
4.
Keceriaan dapat dikembalikan dengan bersukan kerana penghasilan
endogenous endorphine (sejenis dadah semulajadi dalam badan) dapat
menggembirakan emosi yang kurang ceria dan mengelakkan kemurungan dan
lemah semangat. Selain itu cahaya matahari membantu merangsang serotonin
yang dihasilkan pada waktu pagi (dalam day cycle, anatomical clock)
yang memastikan kitaran tidur dan jaga seseorang itu berjalan dengan
sempurna. Kehadiran hormon serotonin dalam otak bertanggungjawab
menyebabkan keceriaan kepada individu yang terdedah kepada cahaya
matahari. melalui sukan, detoxification (penyah-toksikan) berlaku
melalui peluh dan badan menjadi segar selepas bersukan. Bersukan juga
membantu dalam pembinaan stamina yang dapat membantu memperkuatkan badan
waktu menelaah pelajaran. Apabila otot menjadi lebih kuat, maka
individu tersebut lebih bersedia untuk duduk di kerusi atau berdiri
sewaktu praktikal dengan lebih lama tanpa rasa penat kerana stamina yang
meningkat didapati sewaktu bersukan.
5.
Sekiranya secara tiba- tiba kita rasa mengantuk dalam kelas, saya
mencadangkan agar dibuat aktiviti yang dapat meningkatkan pengaliran
darah ke otak (high inotropic+dromotripic effect to heart) dalam kelas
iaitu aktiviti yang paling berat boleh buat sewaktu duduk di atas kerusi
dalam kelas. Saya sendiri sewaktu rasa mengantuk di dalam kelas, saya
akan mengangkat kaki berulang ulang kali sehingga penat (sebelah kaki tapi seluruh bahagian = tigh + calf), sehingga denyutan jantung benar benar meningkat, seterusnya secara ajaibnya, saya tidak mengantuk lagi :)
6.
Pastikan semangat membara bara sewaktu datang ke kelas. Dapatkan
peralatan peralatan yang dapat membantu menaikkan semangat belajar
seperti alatan merekod suara (dictaphone), android internet tablet, mp3
dan ebook reader (seperti Kindle Amazon 3, 3G+WiFi) dan lain lain
sekiranya mampu. Tanamkan moto ini ke dalam hati: Everything is interesting! Everybody is nice
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz1b9O5Jjgx Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives
No comments:
Post a Comment