Bijak Mengawal Emosi
Emosi
adalah reaksi perasaan kita terhadap sesuatu atau seseorang. Bijak
mengawal emosi adalah faktor kejayaan seseorang dalam kehidupan. Namun,
mengawal emosi tidak semudah mengawal kenderaan di jalanan.
Hakikatnya, hidup tidak
selalunya seperti yang kita harapkan. Tekanan wujud di mana-mana sahaja
sehingga menyebabkan kita hilang kawalan terhadap emosi sendiri. Emosi
yang berlebihan seperti marah yang seringkali membawa kepada tindakan
yang kriminal seperti penderaan, buang bayi dan sebagainya.
Rasulullah saw sendiri
menasihati seorang sahabat untuk tidak marah dalam menghadapi sesuatu
yang kita kurang senangi. Pelbagai tips diketengahkan yang mungkin kita
boleh praktikkan.
a) istigfar saat anda sedang marah
b) lari dari tempat yang menyebabkan anda marah
c) berwuduklah
d) cuba tersenyum
e) elakkan bercakap atau melepaskan kemarahan pada barang atau orang
f) menerima kekurangan atau kelemahan orang lain
g) belajar memaafkan
dan banyak lagi...
Saya juga selalu berdoa agar dicurahkan kesabaran dalam menghadapi hari-hari mendatang.
Artikel asal - http://anarm.net/blog/pasang-button-facebook-like-di-blog.html#ixzz1b9O5Jjgx
Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives